Thursday, 2 October 2014

MY DREAM JOB

Assalamualaikum..!!

Bertemu kembali dalam tinta tanpa noktah saya.. Hehe.. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh ALLAH S.W.T. untuk menghirup molekul-molekul udara yang segar.. Kali ini, saya ingin berkongsi kisah-kisah saya tentang `MY DREAM JOB’ dari kecil sehingga sekarang ini.. Biasa lah kan, macam-macam imaginasi  kita ketika masih kecil tentang sesuatu pekerjaan yang kita lihat.. Kadang-kadang kita main cakap je apa yang kita nak.. Tapi, pada masa itu lah akal kita mula mengorganisasikan matlamat kita sedikit demi sedikit..


TADIKA MAWARDAH

Baiklah, saya akan menceritakan Kisah `MY DREAM JOB’ ini mengikut peredaran zaman saya.. Mulanya, zaman TADIKA.. Erm, rasa-rasanya pada masa ini hanya `ROBOT, POWER RANGER, WATAK-WATAK KARTUN’ berada dalam minda saya.. Budak-budak la katakan.. Masa ni, cita-cita saya tak lain tak bukan adalah menjadi salah satu anggota POWER RANGER.. Macam-macam edisi POWER RANGER pada masa itu.. Warna BIRU memang menjadi kegemaran saat itu..  ????? Haha.. Sangat jelas sifat keanak-anakan di situ.. Tapi sebenarnya, masa zaman inilah keberanian kita berada di tahap yang tinggi kerana kita tak pikir apa yang kita buat itu bahaya atau tidak.. Contohnya, semasa bermain-main dengan rakan-rakan, ada yang panjat pokok, redah parit dan macam-macam lagi..

->Ade sape2 kenal x budak sebelah ni? Haha.. Kecik2 dh pegang ijazah.. Pandainya.. Haha.. 



Sekolah Rendah Cahaya Baru

Okay, kita beralih ke zaman Sekolah Rendah.. Sekolah yg mempunyai banyak kenangan manis bg saya.. Cikgu2 yg hebat.. Semua ada kat situ.. Hee.. Memandangkan tajuk kte DREAM JOB, Saya masih ingat lagi semasa hendak mengisi satu borang yang mempunyai data tentang pekerjaan masa depan.. Ada tiga pilihan di situ.. Nak tau apa yang saya isi? 1)PEGUAM???  2)POLIS????????  3)TENTERA?????????????? 


Nampak tidak masuk akal di situ.. Haha.. Bila pikir-pikir semula, nak tergelak pun ada.. Hee.. Yang pertama Peguam.. Masa tu tak tau pun apa kerja yang peguam ni buat.. Hanya terdengar khabar angin yang mengatakan Kerja ni dapat duit banyak.. Itu yang semangat.. Haha.. Tapi bila dapat tau tentang undang-undang bagai, Terus CANCEL.. Haha.. Yang Kedua, Polis dan yang ketiga, Tentera.. Haha.. Tak perlu cakap banyak, Tengok kondisi badan sekarang dah tau kenapa dah CANCEL awal-awal.. J Itu sebab saranan abah saya.. Sebab tu, main isi je borang tu.. Haha.. Tapi borang tu tak memberi kesan pun dalam bidang yang saya lalui sekarang ni..


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MASAI

Kali ni, Zaman Sekolah Menengah. Sejak zaman ni, matlamat mula berubah sedikit demi sedikit.. Dah lupa kisah cita-cita dulu-dulu.. Dah mula ada cita-cita baru iaitu AHLI MATEMATIK.. Cita-cita ni mula wujud disebabkan prestasi saya dalam bidang MATEMATIK yang sedikit mengagumkan.. Bukan saya ingin membangga diri.. Tapi saya yakin keupayaan saya dalam bidang ini.. Sejak sekolah rendah, saya sentiasa dapat A dalam peperiksaan MATEMATIK sehinggakan saya dimarahi oleh GURU BESAR sebab pilih kasih dengan subjek MATEMATIK.. Haha.. Saya rasa subjek ni boleh membawa saya lebih jauh pada saat itu.. Dan ia berterusan ke Menengah Atas..



Senangkan formula ni?? Haha.. Pelik2..

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN NUSA DAMAI

Apabila melangkah ke Menengah Atas iaitu Tingkatan 4.. Cita-cita berubah lagi.. Haha.. Kali ni, nak jadi Akauntan pula.. Pada masa itu, subjek ni baru saya pelajari di sekolah baru.. Pada mulanya nampak sukar tetapi sedikit demi sedikit kesukaran itu menjadi mudah.. Dapat je keputusan ujian 1, dapat 74%.. Alhamdulillah.. Subjek ni memberi saya laluan baru yang mungkin akan mengubah hidup saya secara keseluruhan.. 


Nampak PRO kan.. Hehe.. :D

KOLEJ MATRIKULASI PERAK

Takde ape yg berubah tentang CITA-CITA saya.. Masih di haluan yg sama iaitu AKAUNTAN.. Masuk je Kolej ni, dapat kos PERAKAUNAN.. ALHAMDULILLAH.. Setiap assignment dapat siap secara konsisten.. Honestly, kehidupan di Matrikulasi tidaklah seteruk ape yg diwar-warkan.. Saya dpt belajar dgn tenang di sana.. Relax dan tidak gusar dengan keadaan di sana.. Ada yg mengatakan peperiksaan mereka susah sebab subjek yg di ajar dlm masa 10 bulan.. Tpi.. Alhamdulillah.. Jika kita usaha, semua itu tidak mustahil.. Sekali lagi ALHAMDULILLAH sebab sye sentiasa dikurniakan 4.0 dlm PSPM dan UPS.. Syukur sgt.. 

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tanggal 31 Ogos 2014.. Sya mula melangkah masuk ke UNIVERSITI yg hebat ini.. Pada mulanya mcm xsangka.. Apepun bersyukur sgt.. :D Dpt kos yg diminati pulak tu, Perakaunan.. Bak kate org, pucuk dicita ulam mendatang.. Cewah.. Haha.. 

Kte melangkah ke FASA SERIUS tau.. Sedia x? haha.. 

AKAUNTAN?? 
Apa itu AKAUNTAN? 
Kadang-kadang ada yang berpendapat KARIER ini hanya sekadar kira-kira, duduk dalam bilik ber-aircond, mudah dan pendapatan yang lumayan.. Saya hanya setuju satu perkara dalam pendapat itu iaitu PENDAPATAN YANG AGAK LUMAYAN.. Yang lain, meleset sama sekali.. 



Karier ini memberi saya peluang untuk berfikir secara kritikal, inovatif dan kreatif.. Ada seorang guru saya bertanyakan cita-cita saya.. Apabila saya berkata `SAYA NAK JADI AKAUNTAN’.. Cikgu tu terus jawab dengan selamber, `KURUS LA AWAK LEPAS NI’.. 



Kenapa? Adakah disebabkan pembahagian masa? Tapi bagi saya, Karier ini merupakan sebuah karier yang professional.. So, orang-orang yang terlibat turut bersikap professional.. Soal pembahagian masa mungkin tiada masalah untuk golongan-golongan seperti kami.. Kadangkala saya termenung sendiri memikirkan persoalan yang saya tidak dapat menjawabnya sehingga sekarang ini.. Soalan ni dtg dh lama.. Cuma ade lecturer mengingatkan sye tentang soalan ini.. Dia adalah Dr. Abu Saim.. Budak kelas 1 SHAC kenal kan? Haha.. Bangla mari.. Nice Lecturer.. 

`APA YANG AKAUNTAN BOLEH SUMBANG KEPADA MASYARAKAT?’



Pening saya hendak memikirkan sebab konteks AKAUNTAN kadang-kadang hanya berpandukan kepada sesebuah organisasi.. Terlalu kecilTapi saya percaya lambat-laun, saya akan mendapatkan hasil daripada persoalan ini.. 



Saya berlatar belakangkan keluarga yang tidak hidup senang.. Setiap hari ada sahaja yang hendak kami fikirkan untuk menyelesaikan masalah seharian.. Apabila mengenangkan nasib keluarga saya yang sentiasa terumbang-ambing.. Saya nekad dengan keputusan saya untuk menjadi AKAUNTAN yang PROFESSIONAL.. Dan sekarang saya berpijak di Bumi UTM untuk mendedikasikan lagi keupayaan saya ke arah kecemerlangan.. IN SHA ALLAH..

Okay la.. Sampai di sini sahaja sesi tinta tanpa noktah saya.. Nampak tak perbezaan cerita saya dalam cerita ini dengan yang lepas-lepas?? Nampak ayat baku kan?? Haha.. (ASSIGNMENT sebenarnya) :D Istilah Tedybob pun tak wujud dalam cerita ni kan.. Haha.. Tape2.. Lain kali Istilah TEDYBOB ni akan wujud semula..

Buat assignment yang berlambak rasa nak mati,

Belajar pula tanpa perhatian ibu bapa,

Walau apapun matlamat 4.0 sentiasa di hati,

Yang penting, ALLAH tidak kita lupa..

Semoga saya dapat bertinta lagi pada masa akan datang.. IN SHA ALLAH.. Kebahagiaan milik kita.. :D
Sekian.. ASSALAMUALAIKUM..<3





HAJI

Assalamualaikum,semua..!!
Alhamdulillah dpt balek rumah dgn selamat.. Rancangannya memang xnak balek, tpi runut-runut bunyi mak mcm suruh balek je.. Tapela.. Jimat sikit kalau duduk uma.. Haha.. Raya Haji hampir tibe.. Kdg2 ade yg xsambut sgt hari raya yg satu ini.. Disebabkan dpt cuti yg LIMIT.. Hee,, Tpi kan.. Ape jenis perayaan dalam ISLAM, kte spatutnye bersyukur sebab raya boleh dikatakan kemenangan.. So, setidak-tidaknya hargailah detik-detik penting dalam kalender Islam..


Ok.. Kali ni, Tedybob nak kongsi sikit pendapat kte kat hangpa semua.. Haha.. Ajet2 Kedah je kan.. Hee.. Tajuk kali ni.. RAYA HAJI.. Tedybob bukanlah seorg yg warak yg tau berbagai pengetahuan tpi jikalau Tedybob jdi seperti itu.. Syukur sgt.. Ade ilmu yg byk.. Lepas tu, share dgn umat Islam yg lain.. Indahnya.. Inilah yg dikatakan IMAN kan.. ALLAH itu MAHA BERKUASA atas segala ciptaan-NYA.. kite sambung cerita tadi.. Sebenarnya, hajat Tedybob ialah nak bawa kedua ibu bapa kte pergi menunaikan Haji di Tanah Suci.. Ya ALLAH.. Hajat ni dh lama kte semai dalam hati..

 Tedybob hrp sebelum kte pergi meninggalkan mereka.. Tedybob nak tunaikan hajat ni.. Jikalau mereka sakit, Tedybob akan buat upah haji.. IN SHA ALLAH.. Jika kudrat kte kuat.. Kte mampu.. Kadang-kadang suka tgk org pergi Haji.. Teruja pun ada.. Hee.. Ya ALLAH.. KAU kurniakanlah aq kudrat untuk aq melaksanakan hajat ini dgn sempurna demiMU.. Aq tidak mampu untuk jdi anak yg soleh kpd mereka.. Tpi Aq mampu menjadi anak yg TERBAIK untuk mereka.. Di sini.. Aq turut meminta kepadaMU ya ALLAH.. Kurniakanlah hidayah kepada Kami SEKELUARGA.. Aq tak mahu keluarga kami porak peranda.. Biarlah kami senang dalam menuntut ibadah kepadaMU.. Aq ingin memiliki ABANG yg mampu mendidikku ke SYURGAMU ya ALLAH.. Aq ingin memiliki AKAK yg sentiasa menjaga maruah dan nama baik Keluarga ku YA ALLAH.. dan Aq ingin memiliki adik yg sentiasa menurut kata-kata dri keluarga yg lebih tua darinya.. Aq pohon kepada KAU YA ALLAH.. Aq sedar aq tidak mempunyai IMAN setinggi para ANBIYA, tetapi hanya inilah yg aq MAMPU lakukan sebagai HAMBAMU yg hina.. Ampunkan aq YA ALLAH..
AMIN YA RABBAL ALAMIN..
IN SHA ALLAH, lain kali kte bertinta lagi okay.. Trima kasih kpd yg sudi baca luahan perasaan yg terpendam ni.. Hehe.. Sekian..

ASSALAMUALAIKUM..!!

Tuesday, 23 September 2014

Kehidupan Mahasiswa


Assalamualaikum..!!

Dah berhabuk rasenye Blog Tedybob ni sebab tak diganggu oleh tangan2 idea Mohamad Khairuddin.. Haha.. 
Okay.. Bukan nak cerita panjang lebar.. Just nak share satu experience yg masih fresh dlm ingatan.. 
Alhamdulillah, Tedybob diterima sebagai Mahasiswa baru di UTM JB.. 
Syukur sgt.. Sbb dpt dekat..Hehe..
Life kat sini Alhamdulillah.. Dpt roommate yg baik, classmate yg sporting, pensyarah yg berkaliber dan ramai kawan2 baru yg acah2 friendly gitu.. haha..
Sebelum tu, nak kenalkan rakan2 baru Tedybob ni..
Ade Wan, Haikal, Haziq, Hisham, Syafie, Francis, Dee, Syamim, Anis, Atiqa, Zulaiha, Sakinah, Mija, Lina, Fety, Diana, Balqis, Mas, Fatin, Filza, Aina, Hayati, Earni, Looi, Ain, Nazihah, Hidayah, dan Ayu..
So, tu yg ex-matric jela kan.. Kawan yg direct intake lupe.. Haha.. 
Apepun, Memang best kawan dgn dyowg.. Awesome.. Tapi, Kawan lama tetap di hati walaupun jauh pada pandangan mata..
Kalau soal subjek, xnak cerita.. Haha.. Kadang2 sedih, kadang2 semangat.. Haha.. Bercampur aduk perasaan ni.. 
Okay la.. Setakat tu je kot yang Tedybob nk luahkan.. Ade umur yg panjang.. IN SHA ALLAH.. Tedybob akan bertinta lagi.. Hehe.. 
Akhirul Kalam.. Assalamualaikum.. <3

Thursday, 8 May 2014

In Memory


Assalamualaikum

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hidup.. Akhirnya, kehidupan di matrikulasi sudahpun tamat.. Sekarang ni masa untuk menunggu keputusan sahaja.. Sambil-sambil tu, cari kerja dulu.. Itupun masih menunggu jugak.. Sabar jela kan.. :D

Perubahan besar apabila duduk di rumah berbanding di matrik dulu.. Rakan-rakan dah balik ke pangkuan ibu bapa masing-masing.. Moga-moga mereka bahagia senantiasa.. Lepas ni, rindu la nak tengok ragam-ragam diorang dalam kuliah.. Tedybob belajar banyak perkara di matrikulasi.. Bukan sahaja kehidupan yang penuh dengan berdikari malahan erti persahabatan yang lebih mendalam.. 

Tedybob ingin meminta maaf andai pernah tersilap langkah, tersadung bicara terhadap korang semua.. Ada umur yang panjang, moga kita bertemu lagi.. Tedybob akan selalu ingat korang semua.. Terlalu banyak kenangan manis yang berlaku walaupun kurang setahun di sana.. :)

SWEET MEMORY
(Classmate A1T4, Kuliah A1, Semua Pensyarah Perakaunan, Roommate T2.12 Sri IPOH dan member-member yang sering lepak bersama)

Lagi satu, Kenangan yang akan selalu menemani rumpun rindu dalam Diri Tedybob..


Selamat Tinggal semua.. Assalamualaikum..

Monday, 13 January 2014

Kawan Baik

Assalamualaikum.. Tedybob nak share satu cerita tentang kawan baik kte.. 
Nak tau tak sape? Mohamad Afiq Shah Bin Hamdan..!! Kenal x?? Dye hot tau.. Hehe..
Ktowg dah sekelas sejak Darjah 2 di SK Cahaya Baru.. :D
Tapi, ktowg mula rapat sejak darjah 6..Hee..
Dye baek sgt even dye selalu buli kte.. Perangai gile2 ktowg makin menjadi-jadi tahun demi tahun.. Hehe.. 
Kte tahu setiap perempuan yang dye suke dri skolah rendah.. Dan juga sebaliknya.. 
Bru-bru nie.. Dye dapat bace hati kte.. Fuh..!! Takud jugak kalau dye tau.. Hehe.. 
Utk tahun nie.. Dye minat dua org budak perempuan tu.. Tpi dye dah reject sorg sebab..... Ade la sebabnya.. Hehe.. :) Kte minat jgak kat budak yg dye reject 2.. Haha,, Trok kan.. Fokus study dlu tedybob..!! 
Afiq..!! Afiq..!! Lau kau bace post aq nie.. Ingat tau.. Aq sayang kau.. IN SHA ALLAH.. Kte kawan sampai bila2.. (ckap sambel nanges)
Hehe.. Ukeyla.. Tedybob ade kerje nak buad.. Nanti Tedybob sambung eh.. Hee..
Assalamualaikum..!!

Result PSPM 1

Assalamualaikum.!!
Dah masuk tahun baru, baru tedybob dapat idea nak post kat blog nie.. Hehe.. 
Kte nak share something yg meaningful utk Tedybob.. Nak tau tak ape dye? 
Result PSPM 1 tempoh hari.. Mase hari selasa 2, memang berderau jantung kte nie.. 
Rse nak pengsan pon ade..
Tapi kite tetap teguhkan hati untuk beratur jugak,,
Tgk kawan-kawan amek keputusan, ade yg kecewa, ade yang gembira, ade yang nangis.. Kte pon ape lagi.. Rse takud bergelumang dalam jiwa nie.. 
Saat yg dinantikan dah tiba, Tedybob dah berdepan dgn pensyarah yang bg slip keputusan 2.. 
Dye suruh tick name pas 2 tandatangan.. 
Lepas 2, dye ckp cam nie.. 
'Ish3, kamu nie.. Main2 je keje eh' (sambel geleng2 kepala)
Mase 2, memang nk putus nyawa dri jasad nie tau..
Kte imbas balek ape silap kte mse jawab 2.. Memang redha tahap gaban masa 2..
Bile dpt je slip 2, kte semak abes2.. Name, jurusan, no matrik.. 
Memang xsilap lagi.. Itu Tedybob.. 
ALHAMDULILLAH..!!
4 FLAT..!! Mak Abah.. Kte Berjaya utk Sem nie.. 
Seriusly, memang xcye yg kte dpt result 2.. Dgn usaha yg kte buad selama nie.. 
Mcm xcukup.. Tpi itu yg dikatakan rezeki.. ALHAMDULILLAH..
Tapi sayang, Mak Abah kte tak tau apetu 4 FLAT.. 
Erm.. Takpela.. Nanti kte bgtau dyowg.. Hehe..
Utk sekarang nie, Kte target utk 4 Flat Sem 2 nie.. IN SHA ALLAH.. :D
Tahniah utk kawan2 kte yg dpt result gempak2 hari tu.. Ape pun.. Kte kene bersyukur dgn ape yg kte dapat..
Setakat itu saja lah luahan hati kte utk kali ini.. Ade mase terluang, kte share lagi eh.. :D 
Ape pun, Tak sabar nak balek rumah lagi 2 minggu.. Hehe.. Nak sambut befday.. haha..
Sekian, Assalamualaikum..!!