Assalamualaikum..!!
Bertemu
kembali dalam tinta tanpa noktah saya.. Hehe.. Alhamdulillah, masih diberi
kesempatan oleh ALLAH S.W.T. untuk menghirup molekul-molekul udara yang segar..
Kali ini, saya ingin berkongsi kisah-kisah saya tentang `MY DREAM JOB’ dari
kecil sehingga sekarang ini.. Biasa lah kan, macam-macam imaginasi kita ketika masih kecil tentang sesuatu
pekerjaan yang kita lihat.. Kadang-kadang kita main cakap je apa yang kita
nak.. Tapi, pada masa itu lah akal kita mula mengorganisasikan matlamat kita
sedikit demi sedikit..
TADIKA MAWARDAH
->Ade sape2 kenal x budak sebelah ni? Haha.. Kecik2 dh pegang ijazah.. Pandainya.. Haha..
Sekolah Rendah Cahaya Baru
Okay,
kita beralih ke zaman Sekolah Rendah.. Sekolah yg mempunyai banyak kenangan manis bg saya.. Cikgu2 yg hebat.. Semua ada kat situ.. Hee.. Memandangkan tajuk kte DREAM JOB, Saya masih ingat lagi semasa hendak
mengisi satu borang yang mempunyai data tentang pekerjaan masa depan.. Ada tiga
pilihan di situ.. Nak tau apa yang saya isi? 1)PEGUAM??? 2)POLIS???????? 3)TENTERA?????????????? 
Nampak tidak masuk
akal di situ.. Haha.. Bila pikir-pikir semula, nak tergelak pun ada.. Hee..
Yang pertama Peguam.. Masa tu tak tau pun apa kerja yang peguam ni buat.. Hanya
terdengar khabar angin yang mengatakan Kerja ni dapat duit banyak.. Itu yang
semangat.. Haha.. Tapi bila dapat tau tentang undang-undang bagai, Terus
CANCEL.. Haha.. Yang Kedua, Polis dan yang ketiga, Tentera.. Haha.. Tak perlu
cakap banyak, Tengok kondisi badan sekarang dah tau kenapa dah CANCEL
awal-awal.. J Itu sebab saranan abah saya..
Sebab tu, main isi je borang tu.. Haha.. Tapi borang tu tak memberi kesan pun
dalam bidang yang saya lalui sekarang ni..
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MASAI
Kali ni, Zaman Sekolah Menengah. Sejak zaman ni,
matlamat mula berubah sedikit demi sedikit.. Dah lupa kisah cita-cita
dulu-dulu.. Dah mula ada cita-cita baru iaitu AHLI MATEMATIK.. Cita-cita ni
mula wujud disebabkan prestasi saya dalam bidang MATEMATIK yang sedikit
mengagumkan.. Bukan saya ingin membangga diri.. Tapi saya yakin keupayaan saya
dalam bidang ini.. Sejak sekolah rendah, saya sentiasa dapat A dalam
peperiksaan MATEMATIK sehinggakan saya dimarahi oleh GURU BESAR sebab pilih kasih
dengan subjek MATEMATIK.. Haha.. Saya rasa subjek ni boleh membawa saya lebih
jauh pada saat itu.. Dan ia berterusan ke Menengah Atas..
Senangkan formula ni?? Haha.. Pelik2..
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN NUSA DAMAI
Apabila melangkah ke Menengah Atas iaitu Tingkatan 4..
Cita-cita berubah lagi.. Haha.. Kali ni, nak jadi Akauntan pula.. Pada masa
itu, subjek ni baru saya pelajari di sekolah baru.. Pada mulanya nampak sukar
tetapi sedikit demi sedikit kesukaran itu menjadi mudah.. Dapat je keputusan
ujian 1, dapat 74%.. Alhamdulillah.. Subjek ni memberi saya laluan baru yang
mungkin akan mengubah hidup saya secara keseluruhan..
Nampak PRO kan.. Hehe.. :D
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
Takde ape yg berubah tentang CITA-CITA saya.. Masih di haluan yg sama iaitu AKAUNTAN.. Masuk je Kolej ni, dapat kos PERAKAUNAN.. ALHAMDULILLAH.. Setiap assignment dapat siap secara konsisten.. Honestly, kehidupan di Matrikulasi tidaklah seteruk ape yg diwar-warkan.. Saya dpt belajar dgn tenang di sana.. Relax dan tidak gusar dengan keadaan di sana.. Ada yg mengatakan peperiksaan mereka susah sebab subjek yg di ajar dlm masa 10 bulan.. Tpi.. Alhamdulillah.. Jika kita usaha, semua itu tidak mustahil.. Sekali lagi ALHAMDULILLAH sebab sye sentiasa dikurniakan 4.0 dlm PSPM dan UPS.. Syukur sgt..
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Tanggal 31 Ogos 2014.. Sya mula melangkah masuk ke UNIVERSITI yg hebat ini.. Pada mulanya mcm xsangka.. Apepun bersyukur sgt.. :D Dpt kos yg diminati pulak tu, Perakaunan.. Bak kate org, pucuk dicita ulam mendatang.. Cewah.. Haha..
Kte melangkah ke FASA SERIUS tau.. Sedia x? haha..
AKAUNTAN??
Apa itu AKAUNTAN?
Kadang-kadang ada yang berpendapat KARIER ini hanya sekadar
kira-kira, duduk dalam bilik ber-aircond, mudah dan pendapatan yang lumayan..
Saya hanya setuju satu perkara dalam pendapat itu iaitu PENDAPATAN YANG AGAK LUMAYAN..
Yang lain, meleset sama sekali..
Karier ini memberi saya peluang untuk berfikir
secara kritikal, inovatif dan kreatif.. Ada seorang guru saya bertanyakan
cita-cita saya.. Apabila saya berkata `SAYA NAK JADI AKAUNTAN’.. Cikgu tu terus
jawab dengan selamber, `KURUS LA AWAK LEPAS NI’..
Kenapa? Adakah disebabkan
pembahagian masa? Tapi bagi saya, Karier ini merupakan sebuah karier yang
professional.. So, orang-orang yang terlibat turut bersikap professional.. Soal
pembahagian masa mungkin tiada masalah untuk golongan-golongan seperti kami..
Kadangkala saya termenung sendiri memikirkan persoalan yang saya tidak dapat
menjawabnya sehingga sekarang ini.. Soalan ni dtg dh lama.. Cuma ade lecturer mengingatkan sye tentang soalan ini.. Dia adalah Dr. Abu Saim.. Budak kelas 1 SHAC kenal kan? Haha.. Bangla mari.. Nice Lecturer..
`APA
YANG AKAUNTAN BOLEH SUMBANG KEPADA MASYARAKAT?’
Pening saya hendak
memikirkan sebab konteks AKAUNTAN kadang-kadang hanya berpandukan kepada
sesebuah organisasi.. Terlalu kecilTapi saya percaya lambat-laun, saya akan mendapatkan
hasil daripada persoalan ini..
Saya berlatar belakangkan keluarga yang tidak
hidup senang.. Setiap hari ada sahaja yang hendak kami fikirkan untuk
menyelesaikan masalah seharian.. Apabila mengenangkan nasib keluarga saya yang
sentiasa terumbang-ambing.. Saya nekad dengan keputusan saya untuk
menjadi AKAUNTAN yang PROFESSIONAL.. Dan sekarang saya berpijak di Bumi UTM
untuk mendedikasikan lagi keupayaan saya ke arah kecemerlangan.. IN SHA ALLAH..
Okay
la.. Sampai di sini sahaja sesi tinta tanpa noktah saya.. Nampak tak perbezaan
cerita saya dalam cerita ini dengan yang lepas-lepas?? Nampak ayat baku kan??
Haha.. (ASSIGNMENT sebenarnya) :D Istilah Tedybob pun tak wujud dalam cerita ni
kan.. Haha.. Tape2.. Lain kali Istilah TEDYBOB ni akan wujud semula..
Buat
assignment yang berlambak rasa nak mati,
Belajar
pula tanpa perhatian ibu bapa,
Walau
apapun matlamat 4.0 sentiasa di hati,
Yang
penting, ALLAH tidak kita lupa..
Semoga
saya dapat bertinta lagi pada masa akan datang.. IN SHA ALLAH.. Kebahagiaan
milik kita.. :D
Sekian..
ASSALAMUALAIKUM..<3









No comments:
Post a Comment